rap

Reza Rahadian impi arah filem muzikal

Oleh Agensi

 

PELAKON filem Habibie & Ainun, Reza Rahadian, 33, sudah bersedia mengorak langkah untuk bergelar pengarah filem pula.

Reza yang juga pelakon utama siri HBO Asia, Halfworlds itu juga berkongsi dia mengimpikan untuk mengarah filem muzikal.

"Selain aktif berlakon, saya pernah cuba mengarah filem berjudul Sebelah pada 2013. Kini, saya tampil pula mengarah drama berjudul Sementara, Selamanya.

"Walaupun beban yang dipikul sebagai pengarah itu lebih berat, saya sangat sukakan cabaran. Ini kerana saya boleh mencorak karya seni itu sendiri berdasarkan pengalaman sudah dikumpul.

"Biarpun sekarang pandemik Covid-19 menular di Indonesia, saya sangat berusaha menghasilkan karya Sementara, Selamanya ini," katanya.

Menurut Reza, dia sentiasa ada inspirasi ingin dicapai.  Apatah lagi, keberaniaannya untuk beralih arah kerja di belakang tabir pula.

Katanya, dia sudah mempersiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu yang banyak dipelajari daripada ramai pengarah berkaliber di Indonesia.

 

Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 2:52pm
d