rap

Buat kacau depan rumah Siti

Oleh Sudirman Mohd Tahir

DUDA anak dua yang pernah didenda RM5,000 dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa pada 2015 lalu kembali membuat 'kacau' di lokasi sama.

Lelaki yang didakwa kurang siuman itu menjerit-menjerit depan rumah penyanyi lagu Basyirah itu petang hari ini.

Situasi itu dikongsikan Siti di Instagram Story miliknya.

" Tolong! Macam mana nak buat! Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu dah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali.

"Serba salah jadinya... Menjerit-jerit depan rumah," tulis nya.

Menerusi status sama, Siti turut meminta bantuan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 12:00am
d