rap

Saharul Ridzwan dapat 'baby girl'

Oleh Georgie Joseph

PELAKON Saharul Ridzwan berkongsi khabar gembira menimang cahaya mata kedua selepas isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3 kilogram di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, hari ini.

Saharul bersyukur kelahiran itu dipermudahkan dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejateraan isteri serta bayinya itu.

"Ali dapat adik perempuan. Alhamdulillah 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap sudah sepasang. Semuanya selamat, ibu sihat, bayi pun sihat berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Doakan supaya ibu cepat sihat dan bayi membesar jadi anak yang solehah," kongsinya.

Saharul juga mengakui hilang kata-kata disebabkan terlalu gembira menerima kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu.

"Tak tahu nak taip apa dah. Sangat gembira ni," katanya.

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.

Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 9:38pm
d