rap

Hebak mu Syahmi

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

YOUTUBER popular, Syahmi Sazli kini sudah bersedia mengarahkan filem sulungnya berjudul Mael Totey The Movie.

Syahmi berkata, langkah baru itu mustahil dapat dikecapi tanpa sokongan semua peminat yang mengikuti perkembangan dirinya di saluran YouYube.

"Sedikit kejayaan yang saya kecapi sekarang ini bukan 100 disebabkan kepandaian, bakat atau usaha, tapi boleh jadi sebab doa daripada orang yang mengenali saya, doa dari 'followers' (pengikut).

"Jadi, saya nak minta sahabat followers doa untuk kejayaan Mael Totey The Movie yang akan mulakan penggambaran pada 12 Julai ini.

"Insya-Allah, apabila kita berdoa untuk orang lain, malaikat akan turut berdoa dengan doa yang sama untuk awak," katanya.

Perkongsian di Instagram itu menerima lebih 74,000 tanda suka daripada peminat.

Tidak terkecuali dia turut mendapat komen daripada rakan artis antaranya Angah Raja Lawak dan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen.

Syahmi mula mencipta kejayaan di YouTube menerusi drama pendek arahannya yang menampilkan pelakon terdiri daripada golongan istimewa seperti Asif dan Yoe Parey.

Mereka bertiga turut membintangi filem Syif Malam Raya arahan Razak yang mencatat kutipan lebih RM3 juta yang disiarkan menerusi saluran Astro First.

Disiarkan pada: June 14, 2020 @ 10:08pm
d