rap

6 Animasi tempatan 'level' antarabangsa

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

ENAM karya animasi yang diwakili oleh Primeworks Distribution iaitu Soccer Bugs, Cingkus Blues, Saladin, Knowsy Nina Wants To Know, Super Tots dan Ejen Ali berjaya menembusi Amazon Prime menerusi perjanjian yang termeterai antara Primeworks Distribution dengan Janson Media.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya berbesar hati dengan peluang itu sekali gus memberi manfaat kepada pelaburan kewangan industri animasi dan menjadi pengiktirafan terhadap kualiti animasi tempatan.

"Kami amat berbesar hati apabila kerjasama dengan negara luar dapat dicapai kerana peluang seperti ini adalah sangat penting bukan sahaja dari segi keuntungan pelaburan kewangan kepada industri animasi tetapi juga satu pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan penceritaan animasi Malaysia.

"Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang," katanya.

Perjanjian yang ditandatangani pada awal tahun ini di saat pandemik Covid-19 melanda dunia adalah sangat tepat di mana penonton hanya terbatas di rumah dan sentiasa mencari kandungan yang berkualiti untuk ditonton.

Kesemua karya animasi tempatan itu boleh didapati di Amazon Prime yang boleh dilayari oleh penonton di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 6:58pm
d