rap

Sehun EXO berlakon Pirates 2

Oleh Agensi

 

AHLI kumpulan EXO, Sehun disahkan bakal membintangi filem Pirates 2 selepas timbul desas-desus mengatakan dia bakal membintangi filem itu.

Menerusi laporan Sports Seoul, hasil uji bakat yang dijalakan pihak produksi akhirnya sepakat memilih Sehun dalam kebanyakan selebriti yang hadir.

"Kami menerima kehadiran ramai aktor ke uji bakat ini namun, setiap pilihan yang dibuat harus sesuai dengan watak dalam filem ini.

"Jadi, dalam ramai-ramai yang hadir kami terpikat dengan personaliti Sehun dan cara lakonannya," kata wakil produksi Pirates 2.

Sehun bakal memainkan salah satu watak utama sebagai seorang lanun yang mempunyai kemahiran memanah dan memiliki wajah tampan.

Anggota termuda dalam kumpulan EXO itu juga bakal mengikuti kelas lakonan dan menjalani beberapa latihan sebelum memulakan penggambaran.

Disiarkan pada: June 16, 2020 @ 11:57am
d