rap

Kristen Stewart jadi Puteri Diana

Oleh Agensi

BINTANG filem Twilight, Kristen Stewart bakal memegang peranan sebagai mendiang Puteri Diana dalam filem terbaru berjudul Spencer.

Pengarahnya, Pablo Larrain berkata, pemilihan Kristen bagi menjayakan watak ikonik itu dibuat berdasarkan beberapa kriteria.

"Dia boleh menjadi macam-macam, misteri, wanita yang rapuh dan pada masa sama kuat. Secara tak langsung, itu yang kami perlukan," katanya.

Dalam temubual bersama media antarabangsa, Pablo juga mengakui teruja dengan cara maklum balas yang diberikan Kristen ketika ditawarkan watak dalam karya itu.

"Cara dia memberi maklum balas terhadap skrip dan cara dia menyelami watak juga sangat indah untuk divisualkan. Saya rasa, dia akan lakukan sesuatu yang hebat dan pada masa sama membuka banyak mata yang menonton. Bakatnya sangat semula jadi," katanya.

Judul Spencer dipilih bagi memberi penghormatan kepada nama keluarga Diana sebelum berkahwin dengan Putera Charles pada 1981 hingga 1996.

Diana maut dalam kemalangan jalan raya di Paris, Perancis pada 1997.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 3:52pm
d