rap

Mia Ahmad dapat anak kedua

Oleh Najiy Jefri

 

PELAKON Mia Ahmad selamat melahirkan anak keduanya jam 5.20 petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT).

Bagaimanapun menerusi perkongsian Izham di Instagram Story itu tidak dinyatakan jantina anak keduanya.

"Salam...Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (semalam).Terima kasih atas doa kalian semua," tulisnya.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi Mia dan Izham untuk mendapatkan reaksi mereka tidak berjaya apabila panggilan dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

 Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

 

Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 1:27pm
d