rap

Filem Mamma Mia! ada siri ketiga

Oleh Agensi

PENERBIT Judy Craymer memberi bayangan filem Mamma Mia! bakal diterbitkan untuk siri ketiga selepas yang pertama pada 2008 dan kedua pada 2018.

 Ketika wawancara bersama Daily Mail, Craymer berkata, ia sudah merancang untuk meghasilkan siri baharu filem itu sebelum pandemik Covid-19 menyerang.

  "Dalam fikiran saya semuanya sudah ada. Tapi, pandemik Covid-19 pula menyerang.

 "Saya fikir satu hari nanti akan ada filem seterusya kerana ini harus berbentuk trilogi. Saya tahu pihak Universal Pictures akan setuju apabila saya melakukannya," katanya.

  Mamma Mia adalah pementasan muzikal dari lagu ABBA yang mengisahkan hidup Sophie (Amanda Seyfried) dan ibunya, Donna (Meryl Streep).

  Ketika Sophie bersiap untuk menikah, pertanyaan mengenai identiti bapa kandungnya muncul dan ia mengundang tiga lelaki masa lalu Donna yang dilakonkan oleh Pierce Brosnan, Colin Firth dan Stellan Skarsgard dengan harapan ayah kandungnya akan muncul.

  Pada sekuel 2018, filem ini menyelami masa lalu dari Donna yang dilakonkan oleh Lily James dan lebih mendalami kisah cinta dengan tiga lelaki itu.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 1:35pm
d