rap

Achey luah erti kasih sebagai bapa...

Oleh Syafil Syazwan Jefri

MASIH merasakan kehangatan sambutan Hari Bapa, pelawak dan penyanyi, Achey memuat naik foto anaknya dengan iringan luahan rasa kasih dan sayang kepada Nur Tiara Zinnirah Nasir yang kini berusia dua tahun itu.

Dalam perkongsian di Instagram itu, Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata, anaknya itu adalah anugerah Allah yang memberikan dia peluang merasa nikmat sebagai bapa.

"Dialah punca aku merasa hari ini. Aku bersyukur kepada Allah. Jika tidak Dia kurniakan Tiara Zinnirah kepadaku, tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di Hari Bapa.

"Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini, dapat dicurahkan kepada-Nya," tulisnya.

Tambahnya, dia memohon maaf kepada anak dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya sekiranya ada kekurangan sepanjang membesarkan cahaya mata mereka itu.

"Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu, nak. Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan dalam menjalankan tanggungjawab," tulisnya.

Tiara adalah anak angkat kepada Achey dan isteri, dan dijaga oleh mereka jam 22 Mei 2018.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 3:36pm
d