rap

Anugerah Golden Globe tunda

Oleh Agensi

 

ANUGERAH Golden Globe 2021 yang dijadual berlangsung pada 3 Januari tahun depan ditunda ke 28 Februari.

Pengumuman itu dibuat pihak Hollywood Foreign Press Association (HFPA) selaku penganjur acara berprestij itu.

Ia selepas mengambil kira banyak syarikat produksi filem dan televisyen termasuk beberapa acara anugerah lain menangguhkan tayangan produk mereka disebabkan penularan pandemik Covid-19.

HFPA dalam satu kenyataan berkata, butiran lanjut mengenai acara itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.

"Bagi penyertaan produksi filem dan TV sama ada dari dalam negara atau antarabangsa, HFPA akan menyediakan panduan lebih lanjut mengenai pendaftaran, jangka masa undian dan waktu pengumuman pencalonan dalam beberapa minggu lagi," katanya.

Tarikh baharu Golden Globe 2021 adalah tarikh asal penganjuran Academy Awards 2021 yang sudah ditunda ke 25 April.

Pada Golden Globe 2020 yang diadakan pada 5 Januari lalu, HFPA mengumumkan Tina Fey dan Amy Poehler menjadi calon hos bagi edisi akan datang.

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 10:15am
d