rap

Lagu 'sweet' saat dilamun cinta

Oleh Syafil Syazwan Jefri

DARIPADA tajuk lagu ini saja tentu ramai yang sudah dapat menjangkakan bagaimana corak dan penyampaian lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) ini.

Ya, tepat sekali! Ia adalah lagu yang sangat 'cute' seperti mana judul yang diberi dan menjadi satu karya ringan yang sangat 'sweet'.

Bagi mereka yang sedang dilamun cinta, lagu ini mungkin boleh dijadikan lagu tema.

Cara nyanyian Harith Zazman juga sangat santai dan tidak berlebih-lebihan dalam membawakan lagu ini.

Lontaran beberapa bait rap daripada LOCA B juga sangat santai dan mudah difahami apa yang ingin disampaikan.

Dari segi melodi, ia adalah sebuah lagu Pop yang sesuai dengan jiwa anak muda.

Jalan ceritanya pula mengisahkan mengenai karakter seorang lelaki yang diwakili Harith dalam menggambarkan betapa bahagianya dia sehinggakan setiap perbuatan dan penampilan pasangannya, nampak manis di matanya.

LOCA B pula mewakili karakter wanita yang tahu dirinya dipuja oleh sang jejaka, namun pada masa sama berjaga-jaga untuk tidak terlalu mudah menaruh harapan kepada cinta.

Di YouTube, muzik video Cute (Stop Lah Being So Cute) dilancarkan sejak 19 Jun lalu dan sehingga kini, ditonton lebih 665,000 kali.

  • Lagu: Cute (Stop Lah Being So Cute)
  • Penyanyi: Harith Zazman, MFMF., LOCA B
  • Komposer: Harith Zazman, MFMF., LOCA B
  • Lirik: Harith Zazman, MFMF., LOCA B
  • Terbitan dan edaran: Faithful
  • Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 11:03am
    d