rap

Park Shin-hye terus bahagia bersama Choi Tae-joon

Oleh Agensi

PELAKON wanita Korea Selatan, Park Shin-hye buat pertama kalinya terbuka bercakap mengenai hubungan cintanya dengan pelakon, Choi Tae-joon.

Pelakon siri Memories of the Alhambra itu mengakui hubungan dengan Choi Tae-joon amat baik biarpun pada awalnya tidak seperti yang diharapkan selepas hangat diperkatakan pada Mac tahun lalu.

"Percintaan yang diketahui ramai sesungguhnya tidak pernah saya rancang atau inginkan, tapi sekarang sudah berjalan dengan baik," katanya.

Shin-hye dan Tae-joon pernah beberapa kali menafikan menjalin hubungan istimewa sebaliknya menyifatkan hanya berkawan baik.

Sebelumnya, pasangan itu bersama-sama membuat kemunculan istimewa dalam siri The Lord of Dramas (King of Dramas).

Walaupun hubungan itu mulai diperkatakan media sejak setahun lalu, perasaan Shin-hye dan Tae-joon tidak pernah berubah. Difahamkan, sehingga kini percintaan mereka sudah memasuki tahun ketiga.

Hubungan mereka juga jauh daripada kisah sensasi walaupun ketika ini Tae-joon sedang menjalani latihan wajib ketenteraan. Berbanding, kebanyakan pasangan artis Korea Selatan lain yang kandas dan terpaksa berpisah dua tahun akibat latihan terbabit.

"Melepasi semua itu, hubungan dan cinta kami masih berjalan baik. Kami sangat bahagia ketika ini," katanya.

Terbaharu, Shin-hye dalam rangka mempromosikan filem terbaharu lakonannya #ALIVE yang bakal ditayangkan pada 24 Jun ini,

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 2:25pm
d