rap

Raffi Ahmad tak takut miskin

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

PELAKON Indonesia, Raffi Ahmad menerusi sesi temubual di Instagram Live bersama Instagram gosip Lambe Turah berkata dia tidak pernah takut dengan kemiskinan.

Raffi berkata, miskin bukan satu perkara yang perlu ditakuti, tetapi jika kita menyakiti orang dan membuat jiwa kita menjadi miskin untuk berbuat baik, itulah yang perlu ditakuti.

Dalam sesi temu bual berdurasi hampir lebih 16 minit itu juga, Raffi mengakui dia sendiri tidak tahu berapa nilai aset yang dia ada.

"Rezeki itu tak perlu dihitung, tapi rezeki itukan titipan Allah. Saya sampai sekarang tak tahu berapa wang yang ada dan sehingga ke hari ini, saya tak tahu berapa nilai aset saya," katanya.

Menurut suami kepada Nagita Slavina itu lagi, dia menekankan hubungan silaturahim sesama manusia.

"Intinya, banyakkan bersilaturahim. Jangan menyusahkan orang dan mudahkan saja. Yang penting, tak perlu sakiti sesiapa," katanya.

Raffi dilabel sebagai antara selebriti Indonesia yang paling kaya serta memiliki pelbagai aset. Dia juga digelar Sultan Andarakerana kekayaan yang dimilikinya.

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 9:38pm
d