rap

Hugh Jackman bakal jadi Ferrari

Oleh Agensi

 

HUGH Jackman disebut-sebut bakal melakonkan watak Enzo Ferrari dalam filem terbaharu berjudul Ferrari.

Enzo adalah pemilik syarikat Ferrari yang menghasilkan kereta mewah itu sejak 1939.

Filem itu dihasilkan berdasarkan buku Enzo Ferrari: The Man and the Machine tulisan Brock Yates yang diterbitkan pada 1991. Yates adalah wartawan yang memberi fokus pada dunia automotif.

Menurut laporan, naskhah itu sempat ditulis Troy Kennedy Martin yang meninggal dunia pada 2009 lalu. Kemudian ia ditulis semula oleh Michael Mann yang turur bertindak sebagai pengarah filem ini.

Jalan ceritanya akan memberi fokus pada Ferrari di musim panas 1957 ketika Enzo bersama isterinya, Laura berjuang mengelola perniagaan mereka.

Kehidupannya bertambah sukar ketika anak sulung mereka, Alfredo Ferrari meninggal dunia di usia yang sangat muda. Ini termasuk kisah Enzo curang hingga memiliki anak bersama Lina Lardi.

Hak pengedaran filem ini akan dipegang oleh STX. Dalam satu kenyataan, mereka mengatakan Mann akan membuat filem dengan pengalaman sinematik yang luar biasa.

Watak Enzo sudah beberapa kali muncul dalam filem yang dilakonkan pelakon berbeza iaitu menerusi filem Ferrari (2003) oleh Sergio Castellitto, sementara dalam Ford v Ferrari pada tahun lalu dilakonkan Remo Girone.

 

Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 1:02pm
d