rap

Guna nama Lan Solo tipu orang

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI Lan Solo menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan 'scammer' yang menggunakan nama serta gambarnya dan meminta untuk memindahkan sejumlah wang.

Lan ketika dihubungi berkata, dia menyedari tindakan jenayah itu dua hari lalu selepas dimaklumkan oleh pekerjanya yang hampir menjadi mangsa.

"Individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan helah dengan menyamar sebagai saya dan menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali.

"Mujurlah pekerja saya cepat bertindak dan menghubungi saya meminta pengesahkan kalau benar saya menggunakan nombor telefon lain," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pihaknya bernasib baik kerana pekerjanya itu belum sempat melakukan sebarang transaksi ke nombor akaun yang disertakan oleh individu tidak bertanggungjawab itu di dalam WhatsApp.

"Mujurlah tak ada sebarang transaksi dilakukan. Memanglah nilai RM1,350 itu mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi itu masih sejumlah wang yang besar buat saya. Jadi, saya minta pekerja saya untuk menyekat nombor itu supaya tidak berpanjangan," katanya.

Sekatat ini, pihaknya tidak membuat sebarang laporan polis berkaitan insiden itu.

Lan turut berkongsi tangkap layar kiriman WhatsApp 'scammer' itu di Instagram sebagai peringatan buat pengikut dan peminatnya supaya lebih berhati-hati.

Disiarkan pada: June 25, 2020 @ 4:37pm
d