rap

Britney Spears 'diserang' fanatik Beyonce

Oleh Agensi

Gara-gara memuat naik status yang menggelar dirinya sebagai Queen B, penyanyi, Britney Spears 'diserang' peminat Beyonce yang sinonim dengan gelaran itu.

Status yang disertakan gambar lebah dan mahkota itu berbunyi;

"Untuk semua peminat yang memanggil saya Queen B, saya percaya ini lebih tepat!" tulisnya.

Susulan status itu, Beyhives iaitu panggilan bagi peminat Beyonce menulis di ruangan komen dan menyifatkan penyanyi lagu Oops! I Did It Again itu mahu merebut mahkota idola mereka.

"Beyonce adalah Queen B. Jangan terbalikkan itu, Brit," komen seorang peminat.

Malah ada juga menganggap gelaran itu hanya layak buat Beyonce.

"Hanya ada satu Queen B dan itu Beyonce," komen peminat itu.

Bagaimanapun, peminat Spears tidak berdiam diri apabila tampil mempertahankan artis kesayangan mereka.

"Tolong jangan ganggu Britney. Dia tidak tahu hal itu," tulis seorang warganet.

Selain itu, ada juga yang mengingatkan untuk tidak melontarkan komen dan kritikan melampau.

"Cara ini salah. Anda semua tahu bahawa dia menderita beberapa perkara yang berkaitan dengan kesihatan mentalnya. Kenapa anda menyerangnya dengan kata-kata kasar?" tulis seorang peminat.

Tidak ketinggalan juga yang menyifatkan itu hanya gelaran.

"Biarkan dia menyebut dirinya sebagai Queen B atau King Arthur, BB King, Spiderman! Bersikap baiklah dengan orang yang sensitif. Beyonce akan tetap bertahan," tulisnya.

Status itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 17,000 komen.

Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 8:34am
d