rap

Dah 'unfollow' tapi gambar tak buang…

Oleh Agensi

 

Status rumah tangga pelakon terkenal Indonesia,  Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan, Engku Emran terus menjadi teka teki.

Selepas timbul perkhabaran Laudya yang mesra disapa Bella mahu menjual salah satu rumahnya yang terletak di Jakarta Selatan, kisah pasangan ini terus mencuri perhatian.

Terbaharu, mereka dikatakan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Malah, Engku Emran yang sebelum ini menggunakan gambar profil (DP) bersama Bella sudah menukar kepada gambar bersama anaknya, Engku Aleesya.

Pun begitu, di Instagram Emran masih terdapat beberapa gambar bersama Bella.

Gambar terakhir Emran dan Bella dimuat naik pada 5 Ogos 2019 iaitu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Masih kekal juga gambar kenangan mereka bersama Engku Aleesya ketika bercuti ke Disneyland Tokyo yang dimuat naik pada 19 Julai tahun lalu.

Turut kelihatan gambar ketika keduanya menunaikan ibadah umrah yang dimuat naik pada 12 Julai tahun lalu.

 

Disiarkan pada: June 27, 2020 @ 3:39pm
d