rap

Bella, Emran dan pengurus Bella terus 'kunci mulut'...

Oleh Agensi

TEKA teki berkenaan rumah tangga pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran terus menjadi rahsia dan perbualan di kalangan netizen baik di Indonesia mahupun Malaysia.

Segala tingkah laku serta perbuatan pasangan ini termasuk di Instagram turut diintai dan dijadikan bahan sensasi sebagai spekulasi menguatkan kenyataan rumah tangga mereka kini bergelora.

Tindakan Engku Emran yang menukar gambar profil di Instagram dan tidak lagi mengikuti akaun media sosial isterinya seakan menguatkan lagi dakwaan terbabit.

Media Indonesia Liputan6 berkata, sehingga kini pasangan terbabit masih 'zip mulut' dari mengulas mengenai status rumah tangga mereka.

Lebih daripada itu, pengurus Laudya, Emily turut bertindak mengunci mulut daripada membicarakan hal terbabit.

"Waduh, saya tak tahu tentang itu," katanya ringkas apabila dihubungi wartawan.

Berdasarkan Instagram Laudya, dia dilihat berada di Indonesia dan bukannya di Malaysia bersama Emran.

Bagaimanapun Emily sekali lagi memberi jawapan selamat apabila ditanyakan persoalan ini. 

"Tak tahu... saya belum sempat hubungi Laudya," katanya ringkas.

Pada September tahun lalu, Laudya membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan menyiarkan lagi gambarnya bersama Emran di media sosial.

Katanya, sekeping foto bersama suami yang dimuat naik di IG ketika itu adalah yang terakhir akan dikongsi kepada umum.

"Insya-Allah, ini perkongsian terakhir bersama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka nak yang kita punya," katanya.

Bella bernikah di Kuala Lumpur, pada 8 September 2017.

Selepas sah menjadi isteri Engku Emrah, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia, mengikuti suaminya.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 11:26am
d