rap

Ridho ditangkap 'kantoi' ambil dadah

Oleh Agensi 

BERITA penangkapan pelakon Ridho Illahi disebabkan penyalahgunaan dadah jelas mengejutkan ramai.

Ridho, 32, diberkas di kediamannya di Cibubur, Jakarta Timur pada Sabtu lalu.

Penguambelanya, Husendro mendedahkan tekanan ekonomi dan masalah keluarga menjadi punca Ridho mengambil dadah jenis syabu terbabit.

"Saya sempat berborak panjang dengan Ridho tempoh hari. Sememangnya, situasi Covid-19 selama tiga bulan itu menjadi punca dia menjadi begitu.

"Fikirannya cukup tertekan kerana kewangan yang terjejas selain memiliki masalah keluarga," jelasnya.

Tambah Husendro, pelakon itu terpaksa menggunakan alternatif berkenaan untuk menenangkan fikirannya yang serabut dengan masalah menimpa.

"Dia mengambil syabu supaya beban dalam fikirannya hilang. Bagaimanapun, dia mengaku cuma mengambilnya (syabu) baru-baru ini," katanya.

Pelakon itu kini menjalani pemeriksaan intensif, manakala polis masih belum menjelaskan secara terperinci berhubung bahan bukti yang membabitkan Ridho dalam kes itu.

 

Disiarkan pada: June 30, 2020 @ 10:29am
d