rap

Jaclyn Victor dah temui pengganti

Oleh Syafil Syazwan Jefri

"TIDAK ada 'beribu sesalan'."

Itu kata penyanyi, Jaclyn Victor apabila ditanya mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Shawn Rivera yang juga anggota kumpulan R & B popular Amerika Syarikay, Az Yet.

Jaclyn atau mesra disapa Jac ini juga memaklumkan dia kini sudah bertemu dengan pengganti yang menerima dia serta dua anaknya, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

"Saya sendiri tak jangka akan bertemu dengan seseorang yang berjaya mendekati dan menerima keluarga kecil saya.

"Dia sendiri menerima anak-anak saya dan menjaga mereka seperti anak kandungnya sendiri sehingga mereka memanggilnya sebagai 'papa'," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai maklumat dan latar belakang lelaki yang menjadi pengisi hatinya dan bergelar duda itu, Jac memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut.

"Kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan mengenainya. Buat masa sekarang, biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu.

"Yang menarik perhatian saya untuk menerimanya adalah dia tak tahu pun saya adalah penyanyi," katanya.

Januari lalu, penyanyi lagu Gemilang itu berkongsi mengenai kisah perceraiannya dengan Shawn.

Disiarkan pada: July 7, 2020 @ 4:53pm
d