rap

Rody Kristal dapat anak kedua

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PEMAIN gitar kumpulan Kristal, Rody dikurniakan anak kedua selepas isterinya, Niena Azman selamat melahirkan bayi lelaki pagi semalam.

Rody menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik foto isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di samping doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran anaknya.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Lahirlah seorang lagi hero dalam hidup kami," tulisnya di Instagram.

Menurut Rody, anak kedua mereka itu dilahirkan pada jam 11 pagi dan disambut doktor yang turut menyambut kelahiran anak sulungnya, Adithya Jabbar.

Rody juga mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa cinta kepada isterinya.

"Love you sayang, berjuang melahirkan anak kita," tulisnya disertakan dengan emoji hati serta ciuman.

Anak pertama mereka, Adithya dilahirkan pada 14 Januari tahun lalu.

Perkongsian itu menerima lebih 2,300 tanda 'suka' di samping puluhan ucapan tahniah daripada pengikut dan kenalannya di Instagram.

Disiarkan pada: July 7, 2020 @ 11:42pm
d