rap

Sajat tak peduli pun

Oleh Najiy

 

TIDAK peduli dan lali dengan kecaman.

Itu agaknya yang ada dalam fikiran usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat walaupun dikecam teruk berikutan kontroversi terbarunya apabila memuat naik gambar dan video dia berbikini di Instagram.

Gambar terbabit membuatkan ramai pihak berasa kurang senang dan menganggap tindakan Sajat sebagai keterlaluan.

Sajat menerusi satu hantaran di Instagram semalam masih sempat bergurau dengan pengikutnya walaupun ramai menghentam tindakannnya itu.

"Siapa kutuk, saya bagi tahu kat mak dan ayah saya. Mak, ayah, tengok ini! Ada orang kacau Sajat," katanya yang turut memuat naik gambar dia bersama ibu dan bapanya.

Gambar terbabit turut mengundang komen yang rata-ratanya seolah-olah menyalahkan ibu bapa Sajat yang tidak menegur penampilan keterlaluan anaknya itu.

Berikut beberapa komen pengikut di Instagram Sajat:

"Mak bapa apa pun tak tahu lagi boleh senyum bergambar dengan anak macam ini ke tutup sebelah mata sebab ribu-ribu masuk.

"Mak bapak pun dah geleng kepala tak tahu nak macam mana kan lagi. Dalam masa sama Sajat ni kaya. Mak bapaknya diamkan je la. Nak dibuang, anak. Kita semua nak tengok sampai tahun bila Sajat akan terus begini.

"Kesian tengok ibu bapanya. Fikir la mak ayah.

"Kesian tengok air muka maknya. Macam terpaksa senyum. Kelat-kelat je.

"Famili Sajat tak marah ke Sajat seksi," tulis beberapa pengikut Instagramnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Sajat bagi mendapatkan reaksi dan komen tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan dan membalas mesej yang dihantar.

Berita berkaitan:

  • 'Maaf, saya tiada niat nak guris hati orang'
  • PU Amin, PU Syed gesa boikot Sajat
  • Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 4:04pm
    d