rap

Julia Ziegler dapat anak kedua

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON Julia Ziegler dikurniakan anak kedua selepas selamat melahirkan bayi lelaki, semalam.

Bayi lelaki seberat 3.58 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.35 petang di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang.

Beberapa jam sebelum itu, Julia memuat naik gambarnya di katil hospital dan menerima ucap selamat daripada rakan-rakan dan pengikutnya.

Ini adalah cahaya mata kedua hasil perkahwinan Julia dengan pasangannya, Johan yang diijabkabulkan pada 1 Januari 2017.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata pertama, Ivana Johan yang kini berusia satu tahun, enam bulan.

Disiarkan pada: July 8, 2020 @ 4:37pm
d