rap

Syahrini bahagia disayangi ibu mentua

Oleh Agensi

PENYANYI sensasi Indonesia, Syahrini, 38, semakin menyulam kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangganya bersama Reino Barack, 36, yang dibina sejak tahun lalu.

Syahrini juga sangat bersyukur kerana dia juga menantu disayangi ibu mentua, Reiko Barack yang memberi layanan baik dan cukup menyenangi dirinya.

Menurut Syahrini, dia bertuah ibu mentuanya sangat mengambil berat apabila dia sakit dan Reiko akan menyediakan pelbagai jenis ubat untuk dia sihat semula.

"Saya bersyukur dianugerahkan Allah seorang ibu mentua yang sangat baik dan penyayang. Sikapnya membuatkan saya berasa sangat dimanja.

"Jika saya sakit, bermacam jenis ubat akan disediakannya dan minta saya makan. Sikap prihatin ibu mentua sangat saya hargai," katanya.

Syahrini yang turut disapa dengan panggilan Rin Chan bermaksud gadis mungil yang cantik memaklumkan, dia kini dia masih giat mempelajari dan memahami budaya masyarakat Jepun.

Dia juga sanggup meluangkan banyak masa belajar memasak hidangan Jepun daripada Reiko dan kepakaran memasak dimiliki ibu mentua sangat dikaguminya.

Selain itu, Syahrini yang suka berkongsi foto mesra bersama suaminya berkata, mereka belum lagi terlalu tua untuk menikmati kebahagiaan rumah tangga dengan kemesraan yang romantis.

Katanya, tidak ada apa yang lebih menggembirakan hidupnya kini selain menjadi isteri Reino yang juga suami yang baik dan penuh kasih sayang.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 2:09pm
d