rap

Kim setuju Kanye West calon Presiden AS

Oleh Agensi

SELEBRITI popular Kim Kardashian dan keluarganya dikatakan bimbang dengan keadaan Kanye West selepas penyanyi rap itu melakukan wawancara dengan Forbes dan membincangkan segalanya dari isu Covid-19 hingga cita-cita menjadi Presiden Amerika Syarikat.

"Keluarga Kanye akan selalu menyokong mengenai usahanya, tetapi mereka juga bimbang dengan keadaan Kanye.

"Kanye mempunyai kecenderungan untuk bekerja terlalu keras secara fizikal, mental dan tidak memerlukan waktu untuk berehat dan menyusun semula jadwalnya," kata satu sumber kepada ET.

Mengenai pencalonan Kanye sebagai Presiden Amerika Syarikat, sumber itu berkata, keluarganya amat bersetuju tetapi mereka tidak setuju dengan wawancara yang dibuat.

"Orang yang tidak bersetuju dengan wawancara yang dilakukan oleh Kanye West dengan Forbes adalah isterinya sendiri, Kim Kardashian.

"Kim sentiasa menyokong Kanye, tetapi dia sering selalu setuju dengan suaminya, dan itulah yang menjadikan hubungan itu istimewa," kata sumber itu.

Sementara itu, sumber lain memberitahu ET sebelumnya bahawa Kanye West sangat serius dengan rancangannya untuk menjadi presiden.

"Kanye memberitahu orang terdekat bahawa pengumuman untuk menjadi presiden adalah perkara yang serius.

"Kanye sudah lama bermain dengan ideanya dan semakin serius untuk masuk ke dalam politik dan ia mendapat sokongan isteri dan keluarganya," katanya.

Dalam temubual dengan Forbes, Kanye West membuat beberapa kenyataan kontroversial apabila mengaku sebagai sebahagian daripada kumpulan pro-life atau anti-pengguguran, kumpulan anti-Planned Parenthood dan anti-vaksin.

West juga mengatakan bahawa dia merancang untuk terus melangkah sebagai presiden Amerika Syarikat melalui jalur 'Birthday Party' dan menyebut paderi Michelle Tidball wakilnya untuk pergi ke Rumah Putih (White House).

Kanye West juga mengesahkan dia bukan lagi penyokong Donald Trump selepa beberapa tahun kebelakangan ini berdolak-dalih menyokong dan menarik sokongannya terhadap hartawan itu.

Bukan setakat itu, Kanye West bahkan membayangkan Rumah Putih akan sama dengan Wakanda jika dia terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada pilihan raya 2020.

Wakanda adalah sebuah kota fiksyen di Afrika Timur dalam kisah Marvel Cinematic Universe yang mempunyai kekayaan Vibranium dan mempunyai kecanggihan teknologi di atas rata-rata. Wakanda juga adalah rumah pahlawan super Black Panther.

"Saya akan menggunakan kerangka Wakanda sekarang kerana ia akan memberikan penjelasan terbaik untuk kumpulan reka bentuk kami ketika di Rumah Putih," kata Kanye West.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 4:55pm
d