rap

Uyaina belum sedia nak kahwin

Oleh Norhayati Nordin

 

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad, 28, berterima kasih dengan semua peminat  dan pengikut di media sosial  yang menghormati pendiriannya kerana belum sedia berumah tangga.

Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata baginya jodoh adalah rahsia Allah dan perkara itu (berkahwin) akan sampai juga bila tiba masanya.

"Terus-terang, saya memang belum sedia untuk melangkah ke fasa peekahwinan dan rumah tangga. Apatah lagi, hingga kini saya masih belum ada calon pilihan.

"Setakat kenal dan bersahabat memang ada. Tetapi, siapa calon istimewa itu masih belum ditemui. Ditambah, fokus saya kini lebih pada kerjaya," katanya kepada Harian Metro.

Enggan lagi mengulas lanjut gosip yang pernah mengaitkannya dengan penyanyi dangdut Indonesia, Reza Zakarya, ujar pengacara Wanita Hari Ini (WHI) berkenaan, mereka akan tetap bersahabat.

"Sebagai sahabat yang mengenalinya (Reza), saya tegaskan lagi betapa sangat gembira apabila mengetahui dia sudah bertemu calon isteri yang dicari-carinya.

"Saya ucapkan tahniah dan mendoakan dia selalu dilimpahi kebahagiaan. Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak berasa sedih, kecewa, marah, sakit hati dan sebagainya" kata Uyaina.

Menurut pelakon drama Jujurlah Nikahi Aku ini, apa yang diharapkan peminat faham iaitu Reza ada kehidupannya dan dia juga ada jalan hidup sendiri untuk diberi  tumpuan.

Perkenalan Uyaina dan Reza berlaku sekitar 2018 selepas dia muncul juara program pencarian bakat,  Puteri Muslimah Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Mereka bagaimanapun dipertemukan lagi dalam pertandingan Dangdut Academy Asia 5 (DAA5) tahun lalu yang mana Uyaina bertindak sebagai pengacara, manakala Reza selaku pengkritik tetap.

Disiarkan pada: July 13, 2020 @ 3:23pm
d