rap

'Setahun lebih pikul tanggungjawab sebagai bapa' – Lufya

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

PENYANYI, Lufya Omar mengakui tidak pernah menghalang bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum untuk bertemu anak mereka, namun, lelaki itu tidak pernah hadir untuk menjenguk.

Lufya menjawab persoalan itu selepas bekas suaminya itu mengesahkan mengenai penceraian mereka kepada media hari ini.

"Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu (Hafiz) sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun," katanya kepada Harian Metro.

Lufya juga meminta Hafiz supaya tidak berdolak dalik mengenai anak.

"Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting," katanya.

Lufya turut menegaskan bahawa dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincang bersama

"Saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincangkan antara kami atau di mahkamah sahaja. Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamor. Cukup-cukuplah. Awak adalah doktor dan bukannya artis. Jagalah tatasusila sebagai doktor," katanya.

Bintang Akademi Fantasia itu juga menegaskan bahawa apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka bukanlah fitnah daripadanya, sebaliknya dirinya memiliki bukti kukuh.

"Saya dah cukup bersabar. Kalau dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.

"Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan mengenai berita pasangan itu yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada 17 Jun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia tiga tahun.

Berita berkaitan

Lufya dan suami sah cerai talak satu

Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 2:41pm
d