rap

'Kedua-dua keluarga dah jumpa' - Mastura Mohd Yazid

Oleh Yusmizal Dolah Aling

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

"Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

"Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa 'on-going' (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Berita berkaitan:

  • Mira Filzah dah bertunang
  • Disiarkan pada: July 16, 2020 @ 6:37pm
    d