rap

Zizan doakan kebahagiaan Mira Filzah

Oleh Georgie Joseph

 

PELAKON dan pelawak popular, Zizan Razak, 36, tumpang gembira dengan berita pertunangan pelakon popular, Mira Filzah dengan Wan Emir Astar yang juga anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak ketika ditemui berkata, dia mendoakan kebahagiaan Mira hingga ke jannah bersama pasangannya.

"Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk masa depan. Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah.

"Itu sajalah saya boleh doakan. Saya juga tumpang gembira apabila kita dengar berita sebegitu," katanya ketika ditemui sewaktu mengacarakan majlis makan malam WHOLLYFITZ bersama Shaheizy Sam.

Sebelum ini, Zizan pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa dengan Mira, manakala Mira pula mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan dengan mana-mana rakan artis.

Kelmarin, Mira mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar.

Mastura juga turut mengesahkan anaknya bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon filem Sangat itu tahun ini.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 11:46am
d