rap

Kowachee juara Ceria Megastar 2020

Oleh Georgie Joseph

TUAH menyebelahi Kowachee, 11, apabila muncul sebagai juara Ceria Megastar 2020 menewaskan tiga finalis lain.

Tampil mengagumkan menerusi persembahan tarian lagu Tokyo Drift dan Dhoom, Kowachee membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000, baucer tajaan Legoland berjumlah RM1,000 tajaan Legoland, pingat 'Star of The Week' dan trofi.

Naib juara disandang Nana, 14, yang membawa pulang RM15,000 serta trofi. Dia berhasil menambat hati juri dan penonton sewaktu mendendangkan lagu Say Something dan Roar.

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi Adinda, 15, dan Ija, 17. Adinda membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi, manakala Ija dengan RM5,000 serta trofi.

Adinda turut mempersembahkan bakat nyanyian dengan menyanyikan lagu Ku Bersuara dan Rolling in The Deep. Ija yang mempersembahkan tarian lagu Work It sekadar berpuas hati di tempat keempat.

Ceria Megastar 2020 dihoskan Nabil Ahmad manakala Zizan Razak dan Ernie Zakri selaku juri tetap. Datuk AC Mizal pula sebagai juri jemputan.

Hadir sama, Datuk Syafinaz Selamat, Alam Wakaka dan Chubb-E selaku penasihat persembahan.

Pada pentas akhir itu, penyanyi Hael Husaini dan Nabila Razali turut tampil menghiburkan penonton.

Disiarkan pada: July 18, 2020 @ 11:47pm
d