rap

'Walaupun ansuran, janji saya bayar...' – Ogy

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

"WALAUPUN ansuran, yang penting dibayar."

Itu kata primadona, Fauziah Ahmad Daud ketika ditanya mengenai baki bayaran teater Korupsi Dewan Semandung membabitkan kru dan pelakon yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Fauziah ketika ditemui berkata, dia kini sudah melunaskan lebih separuh daripada baki bayaran tertunggak itu.

"Alhamdulillah, setakat ini, baki bayaran itu sudah saya lunaskan lebih separuh daripada baki keseluruhan," katanya kepada Harian Metro.

Bintang filem Ali Setan dan Azura itu juga mengucap syukur serta rasa terima kasihnya kepada penggiat seni yang membantunya.

"Semuanya adalah daripada hasil jualan produk pes sambal yang saya jual dan usaha saya itu juga dialu-alukan ramai penggiat seni serta pengikut saya.

"Jumlah ejen jualan juga semakin ramai dan sedikit sebanyak, dapatlah saya kumpul wang untuk melunaskan baki tertunggak," katanya.

Fauziah sebelum ini berdepan isu bayaran tertunggak kepada kru produksi dan pelakon teater yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Disiarkan pada: July 20, 2020 @ 7:33pm
d