rap

Shuib berat hati nak terima gelaran Datuk [METROTV]

Oleh Najiy Jefri

PELAWAK, pelakon dan usahawan Shuib belum bersedia menerima gelaran Datuk yang ditawarkan dari sebuah negeri, baru-baru ini.

Shuib berkata, selepas membaca komen dan kritikan netizen yang mempersoalkan sumbangannya terhadap negara hingga layak dikurniakan gelaran Datuk, dia berat hati untuk menerimanya.

"Betul juga apa yang mereka kata. Tak mengapalah, biarlah dulu. Saya orang biasa saja.

"Kalau ada rezeki untuk diberikan gelaran itu, adalah. Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah. Saya enggan lagi ulas mengenai perkara ini," katanya.

Menurut Shuib, dia berterima kasih kepada netizen yang memberikan pendapat dan komen berhubung perkara itu.

"Setiap individu ada hak untuk memberikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan pendapat mereka dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Namun, saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, saya hanya ikut aturan ditetapkan. Kalau ada rezeki adalah," katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 3:08pm
d