rap

'Setahun, dua lagi baru nak kahwin'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Azrel Ismail mensasarkan tempoh setahun atau dua tahun ke depan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Menurutnya, dia lebih selesa untuk bercinta dengan wanita yang bukan dalam kalangan orang industri.

"Insyaallah, dalam setahun atau dua tahun lagi saya akan menamatkan zaman bujang. Saya sebelum ini pernah bercinta dengan orang dalam industri. Jadi, saya dapat lihat sesuatu yang tidak bagus dalam hubungan itu.

"Jadi, kalau diizinkan untuk bercinta selepas ini, saya selesa untuk memilih wanita yang bukan orang dalam industri," katanya kepada Harian Metro.

Azrel yang pernah dikatakan bercinta dengan pelakon baru Sharifah Husna itu berkata, kriteria utama wanita yang bakal menjadi suri hatinya itu perlulah seorang yang memahami.

"Kriteria paling penting adalah, dia perlu memahami kerja saya sebagai pelakon. Dia kena tahu bagaimana saya bekerja dan apa yang saya buat sekarang.

"Banyak lagi benda yang belum dicapai dan sebagai lelaki, penting untuk saya kerja sekuat mungkin," katanya.

Azrel ditemui di majlis pelancaran stesen TV baru, Awesome TV yang akan mula bersiarann3 Ogos depan.

Disiarkan pada: July 28, 2020 @ 8:33pm
d