rap

Kim, Kanye ada berbincang mengenai perceraian

Oleh Agensi

KIM Kardashian pernah berbincang dengan suaminya, Kanye West mengenai penceraian, beberapa bulan lalu.

Sumber terdekat pasangan dalam temubual bersama media berkata, buat masa sekarang, Kim tidak akan meninggalkan Kanye.

"Bagaimanapun kira-kira tiga bulan lalu, mereka pernah berbincang mengenai perceraian," kata sumber itu.

Namun difahamkan, kedua-duanya masih saling-mencintai antara satu sama lain.

"Kim mahu memperbaiki rumah tangga mereka, begitu juga dengan Kanye. Mereka saling mencintai antara satu sama lain tapi beberapa bulan lalu, pelbagai perkara yang berlaku membuatkan rasa cinta mereka nampak luntur," katanya.

Tumpuan Kim sekarang adalah kepada keadaan kesihatan mental Kanye dan anak-anak mereka.

"Setakat ini, tidak ada lagi perbincangan mengenai perceraian kerana Kim mahu beri tumpuan kepada kesihatan mental Kanye dan menjaga anak-anak mereka.

Kim dan Kanye berkahwin pada 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7; Saint, 4; Chicagi, 2; dan Psalm, 14 bulan.

Disiarkan pada: July 29, 2020 @ 9:04am
d