rap

Sean Penn kahwin kali ketiga

Oleh Agensi

AKTOR Sean Penn, 59, berkahwin kali ketiga dengan aktres kelahiran Australia, Leila George, 28, dalam satu majlis tertutup.

Berita gembira itu dikongsi sahabat mereka, Irena Medavoy menerusi Instagram yang mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit.

Kisah percintaan pasangan itu mula menjadi bualan sejak Oktober 2016 selepas bercuti sama di Hawaii. Mereka bagaimanapun kekal merahsiakan hubungan cinta yang terjalin.

Beberapa tahun kebelakangan ini, mereka dilihat kerap hadir berdua di karpet merah pelbagai acara. Pada Mac lalu, mereka turut hadir ke acara Meet Me In Australia.

Terdahulu, Penn pernah berkahwin dengan Madonna pada 1985 hingga 1989. Perkahwinan keduanya adalah bersama Robin Wright pada 1996 hingga 2010.

Hasil perkongsian hidup dengan Wright, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dylan dan Hopper.

Disiarkan pada: August 2, 2020 @ 1:06pm
d