rap

Amira Othman 'single but not available'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

"KAWAN lelaki memanglah ada, tapi yang istimewa dan jumpa keluarga belum lagi," kata penyanyi, Amira Othman ketika ditanya mengenai kekasih hati.

Ia berikutan tindakan penyanyi, Wany Hasrita memuat naik gambar bersama Amira, Ernie Zakri dan Mira Filzah beserta keterengan 'semua dah tak available kot'.

Amira, 27, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata buat masa sekarang dia tidak berani bercerita mengenai jodoh kerana perkara itu adalah ketentuan Allah SWT.

"Dalam soal ini saya tak tahu nak cakap macam mana. Sebab itu saya tak berani nak cakap apa-apa. Kita tak tahu esok lusa apa akan jadi. Nak cakap ada kekasih, tidak, tak ada kekasih pun, tidak.

"Ramai juga bertanya tidakkah saya berasa tertekan melihat rakan lain yang sudah dan bakal berkahwin. Jawapan saya, tidak. Macam saya, tahun depan baru 28 tahun. Melainkan kalau umur sudah melebihi mungkin baru berasa tekanan.

"Macam sekarang, kalau orang tanya-tanya, saya okay saja. Bagi saya ia lumrah orang bertanya. Soal rezeki dan jodoh masing-masing. Tidak mengapa bagi kawan-kawan kahwin dulu," katanya.

Menurut Amira yang juga pelakon Abang Bomba I Love You, dia kini mahu memberi fokus kepada kerjaya dan perniagaan.

"Buat masa sekarang saya tak ada perancangan lagi nak kahwin atau tunang.

Sebab itu saya fokus pada kerjaya dan bisnes dulu. Rasanya memang ramai kawan akan kahwin tahun depan. Nanti kalau ada jodoh dan orang masuk meminang saya akan beritahu," katanya.

Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 2:03pm
d