rap

Atta nak nikahi Aurel secepat mungkin

Oleh Syafil Syazwan Jefri

YOUTUBER terkenal Indonesia, Atta Halilintar berkongsi mengenai tarikh pilihannya untuk melangsungkan majlis pernikahan dengan kekasihnya, Aurel Hermansyah yang juga puteri sulung Anang Hermansyah dan Krisdayanti.

Atta berkongsi tarikh itu ketika hadir sebagai tetamu jemputan pada program bual bicara, Brownis yang diacarakan oleh Ruben Onsu, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting dan Wendi Cagur, semalam.

"Saya suka tarikh 31 Disember sebab satu dunia akan meraikannya (tahun baru)," katanya.

Tambah Atta yang memiliki jumlah subscriber paling ramai di Asia itu lagi, dia ingin cepat-cepat menamatkan zaman bujangnya.

"Kalau boleh, saya nak kahwin secepat mungkin. Tapi, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama," katanya.

Tambah Atta, kunci utama dalam sesebuah hubungan adalah dengan mendapatkan restu orang tua kedua-dua belah pihak.

"Kalau orang tua tak setuju, saya akan jauhkan diri. Saya sangat mendengar kata orang tua dan harus kenal dapat dengan ibu bapa pasangan saya," katanya.

Atta juga sudah bertemu dengan kedua ibu bapa Aurel di pihak Anang dan Ashanty dan Krisdayanti serta suaminya.

Pada 10 Julai lalu, Atta melamar Aurel selepas tujuh bulan berkenalan dan mula rapat apabila sering berkolaborasi menghasilkan kandungan video untuk saluran YouTube.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 11:08am
d