rap

Amelina dalam fasa 'sweet-sweet'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

RATU Dangdut Malaysia, Amelina, 46, mengakui dirinya sudah dimiliki oleh lelaki yang juga ahli perniagaan.

Amelina berkata, dia ahli perniagaan itu masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

"Buat masa sekarang, kami masih saling mengenali antara satu sama lain. Kata orang, dalam fasa 'sweet-sweet'. Tapi, semuanya saya serahkan kepada jodoh," katanya kepada Harian Metro.

Amelina ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Ada Untukmu berkata, dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

"Tak adalah nak kahwin tahun ini. Insya-Allah, macam saya cakap biarlah semuanya atas ketentuan jodoh," katanya.

Penyanyi lagu Janda Anak Enam ini juga berkongsi bahawa kesemua anaknya menerima baik kehadiran lelaki itu.

"Anak-anak pun selesa dengan dia. Begitu juga dengan dia yang selesa dengan kerjaya saya sebagai artis.

"Apa yang penting, dia peramah, tidak sombong dan dapat bergaul dengan orang sekeliling saya. Itu membuatkan saya rasa senang dengan dirinya," katanya.

Amelina pernah berkahwin dengan usahawan bernama Reduan pada 20 Mei 1999 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri 'Nur Athirah, 19; Putera Al' Affiq, 18; Putera Al' Asyraff, 17; Puteri Nur' Asyurah, 15; Putera Al' Arffa, 13; dan Putera Al' Amzar, 8 tahun.

Pada majlis itu, Amelina melancarkan single sulungnya yang berentak balada hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Aepul Roza.

Video muzik Ada Untukmu bakal dilancarkan di saluran YouTube bermula esok, tepat jam 6 petang.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 7:20pm
d