rap

Comelnya bayi lelaki Ippo

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

PENYANYI, Ippo Hafiz berkongsi berita gembira isterinya, Fara Roslan selamat melahirkan bayi lelaki dan diberi nama Yusuf Zarin Nur.

"Segala puji milik Allah. Waktu Asar tadi (semalam) lahirlah Yusuf Zarin Nur. Sungguh kuat bidadari @fararoslanx bertarung nyawa tadi. 

"Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih Dr Khamsiah dan jururawat yang sangat 'power' membantu dan berjuang dalam proses kelahiran," tulisnya. 

Ippo juga menghiburkan hati isterinya, Fara Roslan dengan membuat video TikTok bersama sebelum isterinya bersalin. 

"Bagi isteri rasa gembira sebelum bersalin semalam. Bolehlah hilangkan rasa gemuruh sikit," tulisnya. 

Menerusi muat naik terkini di Instagram, Ippo turut berkongsi foto bersama bayinya. 

"Pandangan pertama dari sayang papa. Masa ini kita bagi semangat kat mama," tulisnya. 

Ramai pengikut dan peminatnya yang mengucapkan tahniah di ruangan komen atas kelahiran cahaya mata sulungnya. 

Ippo dan Fara menamatkan zaman bujang mereka pada 24 Ogos 2019. Sebelum itu, Ippo mengambil anak angkat, Cinta Rizky Amanda.

 

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 8:38pm
d