rap

Aisha permata hati Fasha, Aidil

Oleh Norhayati Nordin

 

PASANGAN Fasha Sandha dan Aidil Aziz memilih nama Aisha untuk anak perempuan mereka yang selamat dilahirkan, hari ini.

"Assalamualaikum dunia, hari ini hari pertama Aisha ke dunia. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan keluarga," tulisnya.

Tidak terkecuali, Fasha juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor di pusat perubatan tempat dia bersalin kerana sudah menjaga dirinya dan bayi dengan baik.

Sebelum itu, Aidil membuat perkongsian berita gembira Fasha selamat melahirkan anak mereka dalam Instagram miliknya berserta sekeping foto bayi yang digelar 'Baby A' .

Aidil yang teruja bergelar bapa mengakui dia sangat bersyukur kerana anaknya dilahirkan sihat dan selamat.

"Alhamdulilah, 'Baby A' selamat dilahirkan. Syukur, ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini.

"Terima kasih isteriku. Saya akan bercuti selama sebulan untuk jaga dan teman awak berpantang," katanya.

Aidil juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak putus-putus mendoakan isteri, anak dan keluarganya.

Semalam, Aidil berkongsi foto Fasha sudah dimasukkan ke hospital untuk menunggu proses kelahiran.

Terdahulu, Fasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum 'Baby A' dilahirkan.

Aidil dan Fasha bernikah pada 30 Mac tahun lalu. Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Jejai.

Menerusi perkahwinan pertama Fasha, dia  mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7; dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 8:10pm
d