rap

Simon Cowell retak tulang belakang

Oleh Agensi

 

PENERBIT TV, Simon Cowell terpaksa menjalani pembedahan akibat mengalami keretakan serius pada bahagian belakang selepas terjatuh dari basikal elektrik, semalam.

Cowell dilaporkan berada di bilik pembedahan selama enam jam untuk menjalani beberapa prosedur termasuk memasukkan besi pada bahagian belakangnya.

Mogul penerbitan program realiti itu juga terpaksa ditahan beberapa hari di hospital untuk proses pemulihan dan tidak akan menyertai program America's Got Talent yang sedang berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut jurucakapnya, Cowell bersama anaknya Eric sewaktu insiden malang tidak berbau itu.

"Simon mengalami keretakan di beberapa bahagian badan belakangnya sewaktu melakukan pandu uji sebuah basikal elektrik di laman rumahnya di Malibu.

"Dia serta-merta dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan sepanjang malam, semalam. Dia kini di bawah pengawasan dan keadaannya agak baik," katanya.

Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 11:03am
d