rap

'Rumah impian siap walaupun masih hutang bank' 

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

PELAWAK popular, Achey berkongsi kegembiraan apabila rumah impian sejak 10 tahun lalu kini siap sepenuhnya.

Achey, 34, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia sentiasa berusaha untuk memiliki apa diimpikan biarpun mengambil masa panjang.

"Syukur, saya percaya doa orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan 10 tahun impian untuk memiliki rumah sendiri.

"Walaupun masih hutang bank, tetapi ia juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terus usaha dan percaya tanamkan sasaran serta jayakan sasaran itu meski bertahun lamanya.

"Bisnes juga sangat membantu. Banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga. Tapi, kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan," katanya.

Menurut Achey, sepanjang tempoh 10 tahun itu banyak dugaan yang hadir dalam dirinya.

"Dugaan? Penat dengan dugaan. Kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.

"Nak diceritakan terlalu panjang. Apa pun, terima kasih kepada beberapa rakan yang membantu kami sepanjang proses saya mendapat dan menyiapkan rumah ini," katanya.

Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 12:11pm
d