rap

Eyra Hazali bersalin anak lelaki

Oleh Georgie Joseph

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.25 kilogram yang juga cahaya mata pertamanya bersama penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur jam 2.18 petang semalam.

Eyra ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran sulung itu dipermudahkan walaupun terpaksa bertarung selama 21 jam untuk melahirkan bayi yang hanya dikenali sebagai MHQ itu.

"Sebagai kelahiran pertama, alhamdulillah semuanya okay. Bagaimanapun, kami belum mahu dedahkan namanya buat masa ini," katanya.

Terdahulu, Haziq turut berkongsi berita gembira itu di Instagram Story dan mengucapkan syukur atas doa orang ramai terhadap kesejahteraan isterinya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. 'Thanks' sayang Eyra Hazali.

"Papa dan mama sayang kamu MHQ," katanya.

Menurut Eyra, kini suaminya perlu berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur setiap minggu menemaninya jika ada cuti.

Dia turut mendedahkan mengalami sakit di bahagian belakang sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 10:12am
d