rap

Maya Karin tak abai golongan minoriti

Oleh Georgie Joseph

 

PELAKON Maya Karin, 41, menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan golongan minoriti di Malaysia selepas didakwa bersifat kurang peka dengan isu pemakaian baju tradisi kaum lain yang hangat diperkatakan sekarang oleh warganet.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berkata, dia amat menitikberatkan kesamarataan antara semua golongan dan menyangkal isu pakaian mampu selesaikan kekeliruan itu.

"Kepada mereka yang menuduh saya tidak mendengar suara minoriti, izinkan saya jelaskannya. Kesamarataan adalah penting bagi saya untuk semua golongan minoriti dan yang mudah diserang. Namun, untuk memberi tumpuan kepada apa yang dipakai oleh seseorang tidak memajukan isu terbabit dan mengurangkan masalah mereka," katanya.

Terdahulu, pelakon terbabit menerusi ciapan di Twitter bertanya apa yang perlu dan tidak boleh dipakainya selaku rakyat Malaysia kacukan Jerman, Melayu, Cina dan India.

Ciapannya itu menjadi perdebatan warganet sehingga ada yang menuduhnya berniat mengapi-apikan rakyat Malaysia mengenai isu itu. Selain itu, ramai turut membincangkan persoalan sama terutama yang berdarah kacukan.

Persoalan diajukan Maya itu dibuat selepas isu 'Culture Appreciation' dan 'Culture Appropriation' menjadi tular. Isu itu dibangkitkan kerana tular Mira Filzah tampil mengenakan pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.

 

Disiarkan pada: August 22, 2020 @ 3:19pm
d