rap

Safiey Illias tak minat beli kelab bola sepak, tapi...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

USAHAWAN kosmetik, Safiey Illias tidak berminat membeli atau menaja mana-mana kelab bola sepak tempatan.

Sebaliknya, Safiey, 26, berkata dia mahu bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaikkan skil dan kemahiran atlet negara dari semua cabang sukan.

"Bola sepak saya tak mahu. Saya hanya nak bekerjasama dengan KBS bagi meningkatkan mutu atlet negara. Sekurang-kurangnya kita ada pelapis dalam setiap cabang sukan. Mana yang berpotensi untuk pergi jauh patut diberi keutamaan dan perhatian.

"Persoalan saya kenapa nak fokus bola saja? Sedangkan ramai lagi atlet dalam sukan lain yang berbakat. Cuma disebabkan sukan yang disertai kurang popular, jadi mereka seakan dipinggirkan.

"Disebabkan itu, kalau saya berpeluang menjalin kerjasama dengan KBS, saya mahu mengubah perkara ini. Lebih baik kita tengok pada konteks yang lebih besar sekali gus dapat memperkasakan sukan negara di persada antarabangsa," katanya.

Safiey berkata, dengan usaha itu dia berharap golongan belia kembali mengidolakan atlet dan bukannya artis semata-mata.

"Kita kena lahirkan pelapis sampai boleh menjadi idola pada remaja dan belia. Dulu golongan belia kita menjadikan atlet sebagai idola mereka.

"Sekarang, artis pula menjadi idola mereka. Kalau kita tidak ada usaha untuk mengembalikan perkara ini, lama kelamaan ia akan hilang di mata masyarakat," katanya.

Disiarkan pada: August 27, 2020 @ 5:13pm
d