rap

Ais krim Selena Gomez, Blackpink

Oleh Agensi

PENYANYI Selena Gomez menerusi Instagram berkongsi video sedang menikmati ais krim yang diinspirasikan daripada single baru kerjasamanya dengan kumpulan popular dari Korea Selatan, Blackpink berjudul Ice Cream.

Dalam video itu, Selena sedang menikmati ais krim jenama Serendipity yang baru saja melancarkan perisa baru dikenali sebagai Cookies & Cream Remix.

"Ketika kanak-kanak, saya sering mengunjungi restoran Serendipity yang sangat ikonik, jadi saya rasa sangat teruja untuk menyertai pasukan mereka.

"Sebagai tanda penghargaan atas pelancaran ais krim bersama Blackpink, saya hasilkan perisa Cookies & Cream Remix," tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Selena berkongsi mengenai kandungan dalam ais krim berperisa unik itu.

"Ia dihasilkan dengan ais krim vanilla merah jambu sebagai tanda penghargaan buat mereka (Blackpink)," tulisnya.

Video muzik rasmi Ice Cream dilancarkan di YouTube hari ini di saluran YouTube Blackpink dan mencatatkan hampir 500,000 tontonan dalam tempoh sejam.

Disiarkan pada: August 28, 2020 @ 1:53pm
d