rap

Adira tak boleh anak terlalu rapat dengan orang lain

Oleh Norhayati Nordin

PENYANYI Adira Suhaimi, 29, enggan lagi berkongsi perihal peribadi seperti kisah rumah tangganya kecuali berbicara mengenai anak-anak dan kerjaya.

Adira berkata dia tak mahu lagi telalu bersikap terbuka membicarakan kisah peribadi kerana fokusnya kini pada promosi lagu baharu berjudul Maaf.

"Taknaklah cakap lagi pasal peribadi dan rumah tangga. Tapi, kalau kongsi mengenai anak-anak dan kerjaya, saya okay.

"Lagipun, saya kalau soal anak-anak memang tak ambil mudah. Hinggakan, anak tidur dengan pembantu rumah pun tak boleh.

"Bagi saya, macam mana sibuk kerja pun sebagai ibu akan pastikan sentiasa ada masa dengan anak-anak. Saya tak boleh, anak terlalu rapat dengan orang lain," katanya.

Menurut Adira lagi, dia akan berasa tidak selesa jika anak-anaknya terlalu rapat dengan pembantu rumah. Ujarnya, dia perlu lebih bertanggungjawab sebagai ibu.

"Saya juga tak pernah berjauhan lama-lama dengan anak. Jika saya ada persembahan menyanyi di tempat jauh pun, saya akan balik rumah pada hari itu juga.

"Saya akan pastikan, dapat tidur bersama-sama anak. Malah, ada kalanya saya bawa juga mereka ke tempat persembahan itu dengan sediakan  penginapan kami," katanya.

Terdahulu, Adira hadir sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar untuk promosi video muzik lagu Maaf nyanyiannya yang sudah dilancarkan di YouTube.

Adira bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 3,  Asan, 2  dan Anggun, 1.

Disiarkan pada: August 28, 2020 @ 6:31pm
d