rap

Justin Bieber beli rumah RM107.5 juta

Oleh Agensi

SELEPAS 13 bulan tidak menetap di kediaman mewah di Beverly Hills, Justin Bieber dan isteri, Hailey Bieber kini membeli rumah agam di Los Angeles dengan harga RM107.5 juta.

Kediaman yang terletak di Beverly Park itu berkeluasan 11,145 kaki persegi, memiliki tujuh bilik tidur dan 10 bilik mandi.

Pada Oktober tahun lalu, penyanyi lagu Yummy itu pernah menulis di Instagram mengenai hasratnya untuk menjual rumahnya di Beverly Hills.

"Saya rasa, saya nak jual rumah di Beverly Hills. Ada yang nak beli? Saya akan jual termasuk semua perabot," tulisnya.

Sumber terdekat pasangan itu berkongsi maklumat dengan media antarabangsa mengenai rancangan mereka untuk berkeluarga.

"Justin dan Hailey ada berbincang mengenai rancangan untuk memiliki cahaya mata. Perbincangan itu nampaknya sudah menjadi satu perbualan yang serius," katanya.

Rumah agam yang baru dibeli itu pada asalnya disenaraikan dengan harga RM113.7 juta dan turut memuatkan beberapa kemudahan seperti padang tenis, ruang billiard dan kolam renang.

Disiarkan pada: August 29, 2020 @ 11:44am
d