rap

Sharifah Sakinah tak mahu kembali bersama Aliff

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Sharifah Sakinah menolak untuk kembali bersama bekas suami, Aliff Adha walaupun hubungan mereka masih baik selepas bercerai, Mei lalu.

Sakinah ketika ditemui berkata, dia yang juga penghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada dirinya buat masa sekarang.

"Saya sebenarnya lega. Bukan lega sebab bercerai, tapi sebab bekas suami sudah tak perlu lagi berdepan kecaman warganet dan dikatakan dayus.

"Ada yang mendoakan kami untuk kembali bersama sebab kami tak pernah bergaduh, tapi rasanya tak mungkin untuk kami kembali bersama. Biar saya fokus kepada diri dan kerjaya saya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai anak, Sakinah memaklumkan semuanya diuruskan dengan baik.

"Anak ada dengan saya dan saya pegang hak penjagaan. Bekas suami pun tak ada masalah untuk berjumpa, malah dia banyak luangkan masa dengan anak apabila saya menjalani penggambaran.

Sakinah dan Aliff melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan, Anais Adha pada 24 Mei 2017.

Disiarkan pada: August 29, 2020 @ 2:36pm
d